TAMPARULI: Seorang remaja lelaki berusia enam belas tahun ditemui lemas ketika bermandi manda di sebuah sungai di Kampung Kimonsi Kampung Botung Tamparuli ditemui meninggal dunia pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah panggilan kecemasan diterima pada jam 6.05 petang semalam melalui MERS999. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran dengan empat anggota bersama tujuh anggota Unit Penyelamat Di Air Zon Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi pada jam enam dua puluh empat minit petang pasukan Bomba mendapati penduduk kampung sedang berada di kawasan terakhir mangsa dipercayai hilang. Operasi pencarian ditangguhkan pada jam tujuh malam kerana faktor keadaan gelap dan disambung semula pagi ini.
Pada jam 6.50 pagi pasukan Bomba memulakan operasi hari kedua dengan kaedah permukaan sebelum Pasukan Penyelamat Di Air menemui mangsa pada jam sembilan lima belas minit pagi kira kira sepuluh meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa dikenali sebagai Randell Junior Rony disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi melibatkan sebelas anggota menggunakan jentera utiliti DMAX satu bot dan sebuah kenderaan Urvan Pasukan Penyelamat Di Air.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran TPgB Mohamad Nor Amit bertindak sebagai komander operasi kanan.
Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
