Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu termasuk seorang wanita membabitkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bersabit isu RCI TH.
Suspek pertama ditahan adalah seorang CEO sebuah syarikat perkapalan bergelar Datuk berusia dalam lingkungan 60-an.
Dia ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH melibatkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.
Suspek kedua dan ketiga masing-masing bergelar Datuk dan Datuk Sri berusia dalam lingkungan 60-an pula ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH untuk membuat pelaburan ke sebuah syarikat pembinaan dengan menjanjikan potensi syarikat akan disenaraikan ke Bursa Saham Malaysia.
Kredit sumber: Harian Metro
