PENAMPANG: Polis mengesahkan lokasi yang tular dalam video memaparkan kehadiran banyak buaya di media sosial sejak semalam adalah sebuah ladang penternakan buaya yang beroperasi secara sah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pemeriksaan segera dilakukan susulan penularan klip video berdurasi kira-kira satu minit itu yang mencetuskan kebimbangan orang ramai.
βHasil siasatan mendapati lokasi berkenaan merupakan ladang penternakan buaya yang memiliki lesen sah,β katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, ladang berkenaan turut mempunyai lesen jual beli daging buaya yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.
Sehubungan itu, polis percaya rakaman video tular tersebut dirakam berhampiran ladang penternakan buaya berlesen dan tidak melibatkan ancaman kepada keselamatan awam.
Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.
βPolis Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,β katanya.
Terdahulu, satu video klip yang memaparkan kehadiran banyak buaya di sebuah kawasan berair tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam kalangan pengguna.
