JAKARTA: Indonesia sedang merancang pembinaan 39 lapangan terbang baharu di seluruh negara bagi memperluas akses pengangkutan udara, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, hari ini.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam di Kementerian Pengangkutan, Lukman F Laisa, berkata pelan peluasan itu bertujuan memperluas akses ke kawasan pedalaman, meningkatkan jaringan pengangkutan udara serta menggalakkan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang di seluruh kepulauan Indonesia.
Pelan itu akan meningkatkan jumlah hab penerbangan yang dirancang di Indonesia kepada 296, berbanding 257 lapangan terbang yang kini beroperasi di seluruh kepulauan negara itu.
Lukman berkata, lapangan terbang baharu itu akan mengutamakan aspek keselamatan, penggunaan teknologi canggih serta daya tahan terhadap perubahan iklim.
Kredit sumber: Agensi/Berita Harian
