BEIRUT: Kozo Okamoto, yang terbabit dalam serangan maut di sebuah lapangan terbang di Israel pada 1972 bagi pihak Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), meninggal dunia pada usia 78 tahun di Beirut, hari ini.
Dalam satu kenyataan, PFLP memaklumkan Okamoto menghembuskan nafas terakhir di pinggir selatan Beirut, kubu kuat kumpulan Hizbullah yang disokong Iran.
Okamoto adalah anggota komando daripada Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army) yang melancarkan serangan di Lapangan Terbang Lod, kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Ben Gurion, berhampiran Tel Aviv, pada 30 Mei 1972.
Serangan yang dirancang PFLP itu mengorbankan 26 orang.
Dua lagi penyerang terbunuh dalam serangan berkenaan, manakala Okamoto cedera sebelum ditangkap pihak berkuasa Israel.
Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebelum dibebaskan pada 1985 menerusi pertukaran tahanan dan menetap di Lubnan sejak itu.
Kredit sumber: AFP/Buletin TV3
