Kuala Lumpur: Detik penuh emosi sempat terakam apabila Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilihat memeluk erat Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pada majlis persaraan Timbalan Ketua Polis Negara itu petang ini.
Mohd Shuhaily sebelum itu dilihat menanti sehingga perbarisan paluan berundur Ayob Khan di pintu masuk utama Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, tamat.
Selesai Ayob Khan bergambar bersama pasukan Unit Tindak Khas (UTK), Mohd Shuhaily kemudian dilihat menghampirinya.
Tanpa sebarang kata, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu terus memeluk erat Ayob Khan.
Wajah kedua-dua pegawai kanan itu dilihat sebak.
Mohd Shuhaily kemudian turut memeluk Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan bersalaman bersama pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Seusai itu, Mohd Shuhaily yang menaiki motosikal berkuasa tinggi kemudian mengiring konvoi Ayob Khan keluar dari PULAPOL Kuala Lumpur.
Terdahulu berlangsung Perbarisan Paluan Berundur sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur.
Kredit sumber: Harian Metro
