PUTRAJAYA – Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 9 September.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Abdul Aziz seperti termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Abdul Aziz dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Beliau mula dilantik dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995.
“Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di pelbagai jabatan dalam PDRM. Antaranya Jabatan Pengurusan, Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
AKAN MENYUSUL
Kredit sumber: Sinar Harian
