SIPITANG: Lions Club of Sabah Evergreen menyalurkan sumbangan kepada 15 ketua isi rumah di Long Pasia, Sipitang, baru-baru ini bagi membantu meringankan beban penduduk setempat.
Sumbangan itu disertai Jacky Chin daripada Ultra Eco Energy Sdn Bhd, Tony Wong-1602 LifeBeer daripada Global and Sales and Marketing (Sabah) Sdn Bhd, serta Alan Siaw dan Ivan Chin.
Selain sumbangan berkenaan, pihak berkenaan turut merancang menyediakan sistem solar kepada 10 buah rumah pada bulan hadapan bagi membantu membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk.
Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan akses kepada bekalan elektrik, sekali gus membantu memperbaiki kemudahan dan kualiti hidup masyarakat di Long Pasia.
Langkah berkenaan adalah usaha berterusan pihak terlibat dalam menyokong kebajikan masyarakat, khususnya penduduk di kawasan pedalaman Sabah.
