KOTA KINABALU: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam empat kejadian berasingan di sekitar daerah Kota Kinabalu.
Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, empat remaja terbabit ialah Lorna binti Palmani, 17, dari Kampung Numbak, One Borneo, Menggatal yang dilaporkan hilang sejak 22 Oktober 2026.
Turut dilaporkan hilang ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal sejak 7 November 2026.
Dua lagi remaja ialah Nadyana binti Albaser, 16, dari Kampung Warisan Kalansanan, Inanam yang hilang sejak 8 November 2026 serta Farha Nabila binti Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam sejak 9 November 2026.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan keempat-empat remaja berkenaan diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis turut menggalakkan orang ramai menyebarkan hebahan berkenaan bagi membantu usaha mengesan kesemua remaja terbabit.
Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat dihargai dalam membantu pihak polis menjalankan usaha pencarian.
