LAHAD DATU: Sebuah blok tiga pintu rumah pekerja di Kompleks Kembara Sakti, Jalan Felda Tambisan, musnah dalam kebakaran pada Rabu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi dan mengerahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi.
Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan kekal berukuran 80 x 30 kaki persegi.
Pasukan Bomba dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Anjung Teduh menjalankan operasi memadam api menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan menggunakan sumber air terbuka.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.49 tengah hari, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Operasi ditamatkan pada jam 1.57 tengah hari selepas pasukan memastikan keadaan Selamat.
-Tamat-
