KOTA KINABALU 7 Disember 2025 Kerajaan Negeri mengumumkan rombakan menyeluruh kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan GLC Sabah dalam usaha meningkatkan tadbir urus dan memastikan hala tuju pembangunan ekonomi negeri lebih berkesan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata proses penstrukturan semula itu membabitkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah baharu bagi semua GLC yang terlibat. Menurut beliau langkah itu penting bagi membentuk pasukan pengurusan yang kompeten serta mampu memacu aspirasi Sabah Maju Jaya SMJ 2.0.
Katanya matlamat kerajaan adalah memastikan GLC menjadi pemangkin ekonomi yang benar-benar berkesan diyakini rakyat dan memberikan pulangan optimum kepada negeri. Kepimpinan baharu katanya perlu menunjukkan sifat dinamik profesional dan mempunyai keupayaan strategik untuk menerajui era baharu pembangunan Sabah.
Beliau menegaskan rombakan ini tidak bermaksud menafikan sumbangan pemimpin terdahulu namun keperluan perubahan adalah sebahagian daripada proses memastikan transformasi ekonomi negeri terus konsisten dan mampan. Fokus utama adalah memperkukuh sektor pelaburan strategik pendigitalan tenaga baharu serta pembangunan sosial.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri memaklumkan pengumuman lanjut mengenai lantikan baharu akan dibuat secara berperingkat selepas keputusan dimuktamadkan. Semua proses akan dilaksanakan secara telus dan berintegriti selaras dengan hala tuju pentadbiran semasa.
