SHAH ALAM: YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf susulan kenyataan mereka berhubung siri animasi popular, Upin & Ipin.
Permohonan maaf itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube, Frans dan Sadan mengakui kekhilafan mereka selepas mendakwa hak cipta asal karakter Upin & Ipin yang kononnya dikenali sebagai Ariffin telah dibeli oleh sebuah syarikat produksi Malaysia pada tahun 2008.
“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham serta kekeliruan yang telah kami timbulkan.
“Kami mengambil maklum segala komen yang diberikan dan mengakui kekhilafan kami. Kami sama sekali tidak berniat untuk membuat tuntutan atau merendahkan mana-mana pihak.
“Kami berharap kesalahan kami dapat dimaafkan dan marilah kita berdamai. Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun dan berjiran,” kata mereka mengenai siri animasi terbitan Les’ Copaque itu.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Frans ketika berkunjung ke Muzium Wayang di Indonesia bersama Sadan sebelum mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia.
Perkongsian itu kemudian mendapat maklum balas daripada Les’ Copaque yang menegaskan bahawa siri animasi berkenaan merupakan karya asli milik syarikat tersebut sepenuhnya.
Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan sehingga kini terus mencipta fenomena di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Kredit sumber: Sinar Harian/A“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham serta kekeliruan yang telah kami timbulkan.
“Kami mengambil maklum segala komen yang diberikan dan mengakui kekhilafan kami. Kami sama sekali tidak berniat untuk membuat tuntutan atau merendahkan mana-mana pihak.
“Kami berharap kesalahan kami dapat dimaafkan dan marilah kita berdamai. Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun dan berjiran,” kata mereka mengenai siri animasi terbitan Les’ Copaque itu.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Frans ketika berkunjung ke Muzium Wayang di Indonesia bersama Sadan sebelum mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia.
Perkongsian itu kemudian mendapat maklum balas daripada Les’ Copaque yang menegaskan bahawa siri animasi berkenaan merupakan karya asli milik syarikat tersebut sepenuhnya.
Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan sehingga kini terus mencipta fenomena di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Kredit sumber: Sinar Harian
Kredit foto: Sinar Harian
