seksual terhadap anak kandung
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun dihukum penjara atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.
Suspek dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas disabitkan atas pertuduhan berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dari tarikh tangkap serta 18 sebatan.
Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dia dihukum penjara tujuh tahun dari tarikh tangkap dan lima sebatan.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman tambahan penjara setahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 16(1) akta sama.
Hukuman penjara setahun itu diperintahkan berjalan secara berasingan daripada hukuman lain.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku di sebuah rumah di Batu 21, Sandakan, kira-kira jam tiga pagi pada 1 Mac lalu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 2 Mac, manakala siasatan termasuk analisis DNA mengesahkan hubungan biologi antara tertuduh dengan mangsa.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yuvan Bharathan, di hadapan Hakim Roslinda Razali, manakala pegawai penyiasat ialah Inspektor Nor Hanani Hashim- DAKWAT RAKYAT POST
