TAWAU: Sebanyak 15,000 liter diesel bersubsidi yang disyaki cuba diseleweng dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di Jalan Sin On Tiku, di sini, semalam.
Rampasan itu membabitkan nilai keseluruhan RM112,050 termasuk peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan berkenaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini memaklumkan, kes berkenaan diserahkan PGA kepada KPDN Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.
Selain diesel, pihak berkuasa turut menyita dua tangki berwarna hijau, dua gulung hos masing-masing sepanjang 10 meter dan lima meter serta dua set pam.
Menurut kenyataan itu, KPDN Cawangan Tawau sudah membuka kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan.
“Kes diserahkan kepada Seksyen Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.
KPDN turut mengingatkan bahawa individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta.
KPDN Cawangan Tawau menegaskan komitmennya untuk membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara.
“Sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan minyak diesel bersubsidi adalah kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” menurut kenyataan itu.-DAKWAT RAKYAT POST
Rampasan itu membabitkan nilai keseluruhan RM112,050 termasuk peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan berkenaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini memaklumkan, kes berkenaan diserahkan PGA kepada KPDN Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.
Selain diesel, pihak berkuasa turut menyita dua tangki berwarna hijau, dua gulung hos masing-masing sepanjang 10 meter dan lima meter serta dua set pam.
Menurut kenyataan itu, KPDN Cawangan Tawau sudah membuka kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan.
“Kes diserahkan kepada Seksyen Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.
KPDN turut mengingatkan bahawa individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta.
KPDN Cawangan Tawau menegaskan komitmennya untuk membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara.
“Sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan minyak diesel bersubsidi adalah kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” menurut kenyataan itu.
