KOTA KINABALU: Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos dijangka dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu bagi menggantikan Datuk Jauteh Dikun.
Menurut sumber terdekat Bukit Aman , pemilihan Victor dibuat oleh pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan prestasi serta kekananan beliau dalam perkhidmatan pasukan itu.
Majlis serah terima tugas antara kedua-duanya dijangka berlangsung pada 10 November ini.
Jauteh pula bakal menamatkan perkhidmatan melalui persaraan wajib bermula 11 November ini selepas lebih 32 tahun berkhidmat dalam PDRM.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting sebelum diberi kepercayaan menerajui Polis Kontinjen Sabah.-DAKWAT RAKYAT POST
