JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis berkata beliau menerima peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, lapor Xinhua.
Prabowo membuat kenyataan itu pada sidang media bersama Gibran di Istana Presiden.
Menurut media tempatan, Gibran mengemukakan peletakan jawatannya kepada Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) pada awal Khamis, ketika timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.
Mengikut Perlembagaan Indonesia, MPR perlu bersidang dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan jawatan naib presiden bagi memilih pengganti daripada dua calon yang dikemukakan oleh presiden.
Gibran, yang dilahirkan pada 1987, mengangkat sumpah sebagai naib presiden pada 20 Okt 2024 bagi tempoh jawatan lima tahun.
Beliau berdepan tekanan politik selepas Mahkamah Agung Indonesia baru-baru ini membatalkan sijil penyetaraan kelayakan pendidikan luar negara yang digunakannya ketika bertanding dalam pilihan raya.
Kredit sumber: BERNAMA-XINHUA/Astro AWANI – Disiarkan pada 12 November 2026
