PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka lima Bilik Gerakan di Sarawak bagi menerima maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semua bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam sehari bermula hari penamaan calon pada 28 November hingga hari pengundian, 12 Disember 2026.
Lima lokasi yang disediakan ialah Pejabat SPRM Sarawak di Kuching serta pejabat cawangan di Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan menerusi e-mel aduan.prnsarawak@sprm.gov.my atau menghubungi Hotline Bilik Gerakan di talian 011-60700794.
SPRM memberi jaminan setiap maklumat dan aduan yang diterima akan diteliti serta diambil tindakan sewajarnya secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang.
Dalam masa sama, calon dan parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang, termasuk peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].
Berikut ialah talian pejabat bagi setiap lokasi Bilik Gerakan: Kuching: 082-467701 sambungan 110, Sibu: 084-311982,Miri: 085-415404, Bintulu: 086-316200 dan Limbang: 085-211974-DRP
