KOTA KINABALU Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat KDM hari ini mengumumkan perubahan calon di kerusi DUN Inanam bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah PRU Sabah Ke 17 esok.
Bekas pemimpin Warisan Lewis Wong dinamakan sebagai calon baharu menggantikan Datuk George Guntarik. KDM tidak menyatakan sebab rasmi pertukaran itu namun Setiausaha Agung KDM Willie Jude memaklumkan perubahan berkenaan adalah sebahagian strategi parti.
Menurut beliau keputusan tersebut dibuat selepas menilai keperluan semasa dan hala tuju parti dalam memastikan kerusi berkenaan dapat dimenangi.
Dalam perkembangan sama KDM turut mengumumkan calon bagi kerusi DUN Kemabong bagi melengkapkan keseluruhan 40 kerusi yang ditandinginya. Yabri Onos dipilih sebagai calon parti itu di kawasan berkenaan.
