Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.Dalam hantaran itu, beliau berharap mandat yang diberikan oleh rakyat Johor dapat dipikul dengan penuh amanah demi memastikan kepentingan negeri serta kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.Menurut Perdana Menteri, proses pilihan raya yang menjadi medan demokrasi telah pun berakhir dan kini tiba masanya untuk semua pihak mengetepikan perbezaan politik bagi memberi tumpuan kepada usaha membina Johor yang lebih maju, makmur dan sejahtera.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, selain mengucapkan terima kasih kepada semua petugas serta jentera parti yang telah bekerja keras sepanjang tempoh kempen dan proses pilihan raya berlangsung.Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua calon daripada Pakatan Harapan, sama ada yang memenangi kerusi atau tidak, diminta meneruskan khidmat kepada masyarakat serta terus membawa suara rakyat.Beliau berkata, semangat berkhidmat kepada rakyat perlu diteruskan tanpa mengira keputusan pilihan raya, selaras dengan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin.Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk terus memperkukuh agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor melalui kerjasama erat dengan kerajaan negeri.Katanya, pelbagai usaha akan terus dipertingkat bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Johor pada masa hadapan. – DAKWAT RAKYAT POST
