KUCHING: Sebanyak 222 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Salahuddin, Kuching.
Manakala, 99 buah motosikal turut disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, seorang remaja lelaki tempatan berumur 17 tahun ditahan dan sebuah motosikal dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan.
Sepanjang operasi dijalankan, seramai 208 individu dan 187 buah kenderaan telah diperiksa.
Operasi yang melibatkan 34 anggota dan pegawai polis, bermula pukul 8.30 malam pada Sabtu dan berakhir 6.00 pagi semalam bagi membanteras aktiviti samseng jalanan sekali gus memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas.
Kredit sumber: Berita RTM/Disiarkan pada 14 September 2026
