TAWAU: Ketua Pegawai Operasi SEDCO Communications Sdn Bhd (S.Comm), Ts. Ismail Awang, mengiringi Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, YB Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud, dalam lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tawau di PPR Sri Titingan, semalam.
Lawatan itu turut disertai pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tawau bagi melihat peranan NADI dalam menyediakan akses kepada maklumat, kemudahan digital serta perkhidmatan kepada komuniti setempat.
Kunjungan berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara S.Comm, MCMC dan pihak kementerian, khususnya dalam menyokong pelaksanaan projek komunikasi dan pendigitalan di Sabah.
Kerjasama erat antara semua pihak amat penting bagi memastikan inisiatif pendigitalan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekali gus memperluas akses kepada teknologi komunikasi serta merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat.
Usaha berterusan ini diharap dapat memperkukuh sokongan terhadap pembangunan infrastruktur komunikasi dan memperluas manfaat teknologi digital kepada rakyat Sabah. – DAKWAT RAKYAT POST
