KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, JP, berbesar hati menghadiri Majlis Hi-Tea anjuran Gabungan Persatuan PDRM Kontinjen Sabah yang diadakan di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu, semalam.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan itu menjadi wadah untuk mempererat hubungan silaturahim antara kepimpinan dan ahli-ahli persatuan, di samping menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PDRM Kontinjen Sabah.
Penganjuran ini membuktikan kepentingan kebersamaan dan peranan persatuan sebagai penghubung dalam memperkukuh hubungan sesama warga pasukan. Semoga jalinan erat yang terbina terus menjadi pemangkin kepada perpaduan dan keharmonian keluarga besar PDRM Sabah.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Mohd Azhar bin Hamin, SAC Mohd Hafiz bin Ya’acob, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Lim San Aik, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, SAC Zakaria bin A. Rahim, Ketua Cawangan Khas Sabah, Ketua-Ketua Jabatan/ Formasi, Ketua Polis Daerah serta wakil, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Sabah.
Jurugambar: Hal Ehwal Awam dan D6 JSJ IPK Sabah
📝#PDRMSABAH
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
