EL ARISH: Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton tiba di El Arish, Mesir, hari ini bagi melihat sendiri usaha menerima bantuan kemanusiaan dan bekalan bantuan yang akan disalurkan ke Semenanjung Gaza.
Pentadbiran Wilayah Sinai Utara menerusi laman Facebook memaklumkan, lawatan itu turut merangkumi tinjauan ke pintu sempadan Rafah serta gudang penyimpanan bantuan milik Bulan Sabit Merah Mesir di El Arish.
Hamilton turut diberikan taklimat mengenai proses penyediaan dan penyelarasan bantuan kemanusiaan sebelum dihantar ke Semenanjung Gaza.
Pemandu Britain berusia 41 tahun itu sememangnya dikenali sebagai individu yang aktif menyokong pelbagai usaha kemanusiaan dan kebajikan.
Pada 2021, dia menubuhkan badan amal Mission 44 yang bertujuan membantu golongan muda serta memperluaskan akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan.
Dia turut menyokong pelbagai inisiatif bantuan kemanusiaan dan usaha membantu masyarakat yang terjejas akibat konflik.
Pemandu Ferrari itu kini berada di tangga keempat kejuaraan pemandu F1, yang sudah dimenangi pelumba Itali daripada pasukan Mercedes, Kimi Antonelli, ketika saingan musim ini berbaki tiga perlumbaan.
Kredit sumber: REUTERS/Astro AWANI
