SEMPORNA: Seorang pegawai Pasukan 69 Komando (VAT 69) PDRM, Inspektor Khairul Azhar Kamaruddin, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi, mangsa rebah semasa latihan berhampiran Pos Gabungan PDRM dan ATM.
Bantuan kecemasan termasuk CPR diberikan sebelum beliau dibawa dengan bot ke Hospital Semporna, namun disahkan meninggal dunia.
Allahyarham merupakan Troop Commander 9, Skuadron C, 69 Komando yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merakamkan ucapan takziah dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.
