KOTA KINABALU, 18 April 2026 – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Musa Haji Aman dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin, menghadiri Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) kali ke-40 malam tadi. Majlis tersebut berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) yang menjadi platform penting dalam membuka ruang kepada para karyawan seni lukis menampilkan hasil karya mereka.Acara berprestij itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.Dalam majlis berkenaan, Tun Musa turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.Dalam ucapan ringkas, Tun Musa berharap agar acara yang dianjurkan setiap tahun ini akan melahirkan lebih ramai karyawan berbakat dan berwibawa di negeri Sabah.Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Haji Nizam Haji Abu Bakar Titingan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,Datuk Julita Mojungki; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Mohd Wahab; serta Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Sri Dr. Anil Sandhu.
