KEPONG: Seorang anggota polis dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas dipercayai diserang dan ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, di sini.
Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dipercayai mengalami kecederaan serius pada tangan sehingga dilaporkan putus akibat serangan berkenaan.
Suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu bagaimanapun dilaporkan maut selepas ditembak pihak polis.
Kejadian berkenaan mencetuskan perhatian selepas maklumat mengenai insiden berdarah itu tersebar di media sosial, termasuk dakwaan mengenai tahap kecederaan yang dialami anggota polis terbabit.
Bagaimanapun, butiran lanjut termasuk identiti anggota polis dan suspek, motif serangan serta kronologi kejadian masih belum diperoleh.
Pihak berkuasa dijangka memberikan penjelasan lanjut berhubung insiden berkenaan.-DAKWAT RAKYAT POST
