SEMPORNA: Seramai 12 individu berpakaian menyerupai wanita ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Hidayat 2, Pulau Bum-Bum, di sini.
Operasi berkenaan diketuai Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Mohd Juseph bin Ahmad Kapala, dengan penyertaan lima pegawai jabatan itu serta bantuan 11 anggota polis.
Dalam pemeriksaan tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penganjuran pertandingan berkenaan.
Antara barangan yang dirampas termasuk piala, sijil, hamper dan beberapa barangan lain.
Operasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama JHEAINS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebahagian daripada usaha penguatkuasaan undang-undang berkaitan.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kesalahan yang disiasat, peruntukan undang-undang digunakan serta tindakan susulan terhadap 12 individu terbabit belum dinyatakan.-DRP
