LAHAD DATU – Ahli masjid di sekitar daerah ini menganjurkan program riadah bersama sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Remaja Klasik.
Antara masjid yang terlibat ialah Masjid Nurul Aman Taman Aman Jaya, Kampung Nurul Ittihad Kampung Muhibbah, Masjid Firdaus, Masjid Nurul Umam Batu 5, Masjid Nurul Makdum, Masjid Kampung Sarip, Masjid Kampung Terusan Luar serta Masjid Sepagaya Tengah.
Program riadah ini menghimpunkan ahli jemaah daripada pelbagai kawasan dengan tujuan mengeratkan ukhuwah, memupuk gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat kebersamaan sebelum memasuki bulan ibadah.
Selain aktiviti riadah, program seumpama ini turut menjadi platform untuk ahli jemaah berkenalan, bertukar pandangan serta merancang aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan.
Penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan hubungan silaturahim antara masjid dan masyarakat setempat.
