Sementara iru, Budi berkata, kesalahan rasuah yang disiasat itu didakwa berlaku antara 2023 hingga 2024.
Dalam tempoh berkenaan, Silmy berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Imigresen di bawah pentadbiran bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Beliau berkata, KPK turut mengenal pasti tujuh lagi suspek yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Agensi itu memaklumkan butiran lanjut dijangka diumumkan pada petang ini
Penahanan itu dibuat sehari selepas Pejabat Peguam Negara (AGO) Indonesia menahan bekas Ketua Agensi yang menyelia program makanan percuma, Dadan Hindayana,
Dadan dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah yang berkaitan dengan tadbir urus dan perolehan bagi program berkenaan.
Kedua-dua kes rasuah yang disiasat itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Sebelum ini, Prabowo mengambil alih jawatan presiden pada 2024 dengan janji untuk membanteras rasuah serta mengekang eksploitasi haram terhadap sumber asli Indonesia yang luas.
Pada April lalu, ketua ombudsman negara itu ditahan hanya enam hari selepas pelantikannya atas dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat nikel tempatan.
“Sejujurnya, kami amat bimbang dengan kejadian yang berulang sejak dua hari lalu dan ia sememangnya sesuatu yang tidak kami jangkakan,” kata Menteri Sekretariat Negara Indonesia, Prasetyo Hadi, hari ini.
Beliau berkata kerajaan menghormati proses perundangan yang sedang dijalankan oleh KPK dan Pejabat Peguam Negara. – REUTERS/Berita Harian
