TAWAU, 24 Jun 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai menerusi satu operasi yang dijalankan di kawasan Jalan Sin On Tiku, Tawau pada 23 Jun 2026 kira-kira jam 9.00 malam.
Bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihak polis telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah besar rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam kenderaan tersebut dan dipercayai diseludup dari negara jiran Indonesia untuk dipasarkan di kawasan Tawau.
Dalam operasi tersebut, dua lelaki warganegara Malaysia berumur 35 dan 40 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Antara rokok yang dirampas adalah pelbagai jenama termasuk Premium, Nice, L.A Menthol dan L.A Mango dengan jumlah keseluruhan 365,200 batang rokok tidak bercukai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Anggaran jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan adalah RM593,800.00.
PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperhebat operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang menjejaskan hasil negara serta mengancam keselamatan dan kesejahtera an masyarakat. – DAKWAT RAKYAT POST
