PRAIA: Ketika Piala Dunia 2026 hangat berlangsung, pemain Cape Verde, Steven Moreira sempat berkongsi kisah peribadinya mengenai perjalanan memeluk Islam, baru-baru ini.
Menurutnya, beliau mula tertarik untuk mengenali agama itu selepas melihat seorang rakan Muslim menunaikan solat dan berpuasa.
Bercakap kepada Qalby Studio, Moreira berkata, rasa ingin tahunya bermula apabila melihat sendiri amalan harian rakannya yang tidak pernah meninggalkan solat serta berpuasa pada bulan Ramadan.
“Saya melihat rakan saya solat setiap hari dan berpuasa pada Ramadan. Saya mula bertanya soalan, kemudian saya cuba melakukannya sendiri. Selepas itu, saya memeluk Islam,” kata Moreira kepada Qalby Studio.
Pemain Cape Verde itu mengakui keputusannya pada mulanya bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi kerana beliau tidak dibesarkan dalam keluarga Islam.
“Saya tidak dibesarkan sebagai seorang Muslim, jadi pada mulanya saya berasa takut. Saya tidak tahu bagaimana keluarga saya akan menerima keputusan itu.”
Namun, Moreira berkata reaksi keluarganya memberikan ketenangan dan keyakinan kepadanya.
“Tetapi apabila saya memberitahu mereka, mereka berkata: ‘Kini kamu menjadi seorang yang lebih baik.’ Alhamdulillah.”
Kisah beliau menyentuh hati ramai umat Islam dan menjadi peringatan bahawa amalan-amalan kecil seperti menjaga solat dan berpuasa mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengenali serta mendalami Islam.
Cape Verde mencipta sensasi pada penampilan sulung mereka di Piala Dunia Dunia 2026 apabila mara ke pusingan 32 terbaik dan memberikan tentangan sengit kepada juara dunia Argentina sebelum tewas 2-3 dalam masa tambahan.
Kredit sumber: Berita Harian
