Kuala Lumpur: Tentera Darat Malaysia (TDM), bersama Tentera Darat Amerika Syarikat dan Tentera Darat Australia, akan melaksanakan Latihan Keris Strike Siri 31/2026 di sekitar Kota Belud, Sabah, bermula kelmarin (Jumaat) hingga 27 Julai.
TDM memaklumkan bahawa objektif utama latihan tahunan itu adalah untuk meningkatkan interoperabiliti dan keupayaan operasi bersama, selain menjadi platform strategik dalam memperkukuh diplomasi ketenteraan dengan negara-negara sahabat.
“Latihan ini turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan TDM dalam menghadapi ancaman keselamatan serantau yang semakin dinamik,” menurut kenyataan itu.
TDM turut memaklumkan bahawa konvoi ketenteraan akan menggunakan laluan di antara Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berasa bimbang atau panik apabila melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan konvoi aset ketenteraan atau sebarang aktiviti taktikal di lapangan, khususnya di Kota Belud.
“Masyarakat setempat juga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya serta tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai,” menurut kenyataan itu.
Terjemahan sumber: Daily Express
