PUTRAJAYA: Seramai 11 individu setakat ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).
Kesemua tangkapan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, dalam satu sidang akhbar SPRM, di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.
Berikut adalah senarai mereka yang sudah ditahan:
- Bekas Pengarah Urusan TH (61 tahun)
- Pengarah Syarikat Putrajaya Perdana (59 tahun)
- Bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn Bhd (61 tahun)
- Bekas Pengerusi Tabung Haji (60 tahun)
- Bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad (69 tahun)
- Ketua Pegawai Operasi Alam Maritim Sdn Bhd (67 tahun)
- Bekas Pengurus Besar Kanan Haji TH (65 tahun)
- Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (58 tahun)
- Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (59 tahun)
- Bekas Penasihat Undang-Undang TH (60 tahun)
- Bekas Menteri (65 tahun)
Kredit sumber: Berita Harian
