KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini, hari ini.
Sumbangan itu diserahkan kepada Pengarah HQE II, Dr Ferro Firdaus Ibrahim di pejabat pengarah dan disaksikan ketua-ketua jabatan hospital berkenaan.
Hajiji berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyokong usaha meningkatkan kemudahan serta keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Beliau berharap komputer riba berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melancarkan urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan HQE II.
Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal I), Dr Parvin Rubon A/L Arangulavan; Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal II), Dr Eva Candra Susanti binti Suhali; dan Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan), Datin Shevena I Jumin -DAKWAT RAKYAT POST
