TAWAU: Seramai 21 pengamal media di daerah ini diraikan dalam Majlis PETRONAS Tawau Media Engagement Dinner di Cottage Garden, di sini, semalam.
Majlis makan malam itu menjadi ruang bagi mengeratkan hubungan antara PETRONAS dengan pengamal media tempatan menerusi pertemuan dalam suasana santai.
Antara aktiviti yang diadakan ialah kuiz yang menawarkan hadiah berupa barangan PETRONAS kepada pengamal media yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.
Aktiviti karaoke turut memeriahkan majlis dan memberi peluang kepada pengamal media yang hadir bagi menunjukkan bakat nyanyian masing-masing.
Turut hadir, Pengurus Kanan, Saluran dan Perhubungan Media PETRONAS, Sofea Chok Suat Ling serta
Pengurus, Saluran dan Perhubungan Media, PETRONAS, Winston Foo Ming Shiung. -DAKWAT RAKYAT POST
