Oleh: Shyang Lim
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Victor Sanjos hari ini menerima kunjungan hormat Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Tuan Jaffree Dangus di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Laban Rata itu bertujuan membincangkan isu-isu semasa selain bertukar pandangan berkaitan perkara berkepentingan bersama.
Pertemuan berkenaan juga bagi memperkukuh hubungan kerjasama, silaturahim dan persefahaman antara Polis Sabah dengan pihak AKPS.
Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Datuk Ahsmon Bajah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Sabah, Superitenda Mohd Shahrul Dato’ Abdul Wahab serta delegasi AKPS.- DRP
