KUALA LUMPUR: Generasi Milineal terutamanya peminat genre Nu Metal tanahair kini mempunyai sebab untuk teruja selepas megaband dari Amerika Syarikat, Limp Bizkit bakal mengadakan persembahan mereka di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pada 9 Disember hadapan.
Konsert dianjurkan oleh Hitman Live dan Hitman Solutions akan bermula pada jam 8 malam dan tiket pembelian masih dibuka menerusi platform Ticket2U dan Megatrix serta laman rasmi penganjur, Hitman Live.
Kehadiran Limp Bizkit yang berasal dari Jacksonville Florida, Amerika Syarikat ke negara ini sudah pasti bakal mengamit memori peminat Nu Metal yang melopori industri muzik berat pada sekitar akhir 90an dan era milenium.
Terkenal dengan beberapa lagu berhantu seperti Rollin, Break Stuff, Nookie, My Generation, Faith, Take A Look Around dan Behind Blue Eyes… Limp Bizkit menjadikan konsert mereka di Malaysia sebagai satu-satunya persinggahan jelajah Asia sepanjang tahun 2026 ini.
Oleh itu, Konsert Limp Bizkit Live in Malaysia – One Stop Asia Show bakal menjadi konsert yang amat dinanti-nantikan para peminat setia dan apatah lagi ini merupakan kehadiran sulung kumpulan tersebut ke Malaysia.
Peluang untuk menyaksikan kelincahan Fred Durst, Wes Borland, John Otto dan Dj Lethal beraksi di atas pentas kini sudah terbuka di Stadium Hoki Bukit Jalil.
Jadi, para #limpbizkitfamily dan #bizkitfan jangan lepaskan peluang anda!
Keep on rollin’, baby
You know what time it is
