KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Husin bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan manusia dan ugutan jenayah.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Anuar Bakri bin Abdul Salam berkata, lelaki berkenaan mempunyai alamat terakhir di Blok 28-9-9, Taman Sri Murni Fasa 2, 68100 Kuala Lumpur.
Menurutnya, maklumat berkaitan individu itu diperlukan bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Ahmad Husin diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Haniff bin Hanaffi menerusi talian 03-40482222 atau 03-40482225 sambungan 586.
Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesan lelaki terbabit.-DRP
