Oleh: Hj.M.Ridzal -Pemerhati Politik
Pelantikan Tan Sri Anifah Aman sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah perlu dinilai secara objektif dan berfakta, bukan melalui serangan emosi di media sosial.
Mengaitkan pelantikan ini semata mata dengan hubungan kekeluargaan adalah pendekatan malas yang gagal menjawab persoalan sebenar iaitu kelayakan, pengalaman dan keupayaan mentadbir.
Anifah Aman bukan individu baharu dalam pentadbiran negara,rekod beliau sebagai tokoh nasional dan antarabangsa adalah jelas, terbuka dan boleh disemak,kepimpinan sebegini jarang dimiliki dan amat diperlukan dalam mengurus entiti pelaburan negeri yang melibatkan kepentingan strategik serta masa depan ekonomi rakyat Sabah.
Hakikat bahawa beliau adalah adik kepada Tun Musa Aman tidak pernah menjadikan pelantikan ini salah dari sudut undang undang atau perlembagaan,Yang di Pertua Negeri tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan GLC, dan keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri, fakta ini sering diabaikan oleh mereka yang memilih sentimen berbanding kebenaran.
Serangan peribadi dan tuduhan konflik kepentingan tanpa bukti hanya mencerminkan kegagalan berhujah secara matang,dalam tadbir urus korporat, yang diukur ialah sistem, ketelusan dan hasil, bukan silsilah keluarga,jika hubungan darah dijadikan ukuran, maka ramai tokoh berkualiti akan dinafikan peluang berkhidmat hanya kerana nama mereka.
Qhazanah Sabah memerlukan pengerusi yang berani membuat keputusan sukar, membersihkan kelemahan lama dan meletakkan disiplin tadbir urus sebagai keutamaan.
Anifah Aman dikenali sebagai individu yang tegas, berprinsip dan tidak tunduk kepada tekanan politik jangka pendek. Ini aset, bukan liabiliti.
Polemik di media sosial tidak akan menentukan kejayaan atau kegagalan Qhazanah Sabah, prestasi akan bercakap lebih kuat daripada tohmahan,jika hasilnya positif, pelaburan terurus dan manfaat sampai kepada rakyat, maka semua serangan ini akan terbukti hanyalah bising tanpa isi-Dakwat Rakyat Post
