Editorial
KOTA KINABALU: Seorang pengurus syarikat berusia 52 tahun mengalami kerugian sebanyak RM262,200 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 500 peratus dalam tempoh singkat.
Timbalan Ketua Polis IPD Seri Alam, Supt. Victor Ganeson dalam kenyataan media memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada hari ini berhubung kejadian berkenaan.
Siasatan awal mendapati mangsa tertarik dengan tawaran pulangan lumayan sebelum melakukan tujuh transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza antara 5 Oktober hingga 6 November 2026.
Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan, malah terus diarahkan membuat bayaran tambahan bagi menuntut pulangan pelaburan tersebut.
Akibat terpedaya dengan skim berkenaan, mangsa mengalami kerugian keseluruhan RM262,200 menggunakan wang simpanan sendiri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.-DRP
