Editorial
PAPAR: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pengurusan, tatakelola kewangan dan pelaksanaan fizikal Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 perlu turut merangkumi keputusan penamatan model Project Delivery Partner (PDP) pada 2019.
Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar kelewatan projek berkenaan, selain memastikan semua pihak yang terlibat dalam keputusan dan pelaksanaannya memberikan penjelasan sewajarnya.
Beliau berkata, penamatan mekanisme pelaksanaan projek Pan Borneo Fasa 1A melalui model PDP pada 22 September 2019, susulan pertukaran pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, perlu diteliti secara menyeluruh.
Menurutnya, ketidakjelasan mengenai implikasi penamatan PDP yang turut dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026 telah mencetuskan polemik berpanjangan.
Katanya, jawapan rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia di Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2022 dan 19 Oktober 2026 turut menyebut penamatan PDP sebagai antara faktor utama kelewatan pelaksanaan projek berkenaan.
Armizan berkata, pelaksanaan projek sedia ada dalam Fasa 1A juga terbantut lebih setahun bermula Mei 2018 susulan pertukaran kerajaan dan ketidaktentuan status PDP serta pelantikan kontraktor.
Keadaan itu, katanya, bukan sahaja menjejaskan kelancaran kerja di lapangan, malah menyumbang kepada peningkatan kos projek berbanding kos asal.
Beliau turut menjelaskan peralihan daripada model PDP kepada kaedah konvensional menyebabkan proses pelantikan semula kontraktor sedia ada dan pelantikan kontraktor baharu bagi pakej Fasa 1A terganggu sehingga 2021.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengemukakan memorandum kepada PAC bagi memastikan siasatan turut meneliti punca serta implikasi keputusan penamatan model PDP.
Beliau berkata, siasatan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada status dan prestasi pelaksanaan projek ketika ini, sebaliknya perlu mengambil kira keputusan dasar terdahulu yang memberi kesan kepada kemajuan semasa.
Katanya, keutamaan perlu diberikan kepada usaha memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri, tanpa dipengaruhi pertimbangan politik kepartian.- DAKWAT RAKYAT POST.