Shah Alam, 20 Januari 2026
Mubasyyir Travel & Tours Sdn Bhd mengumumkan pengukuhan operasinya sebagai pengendali umrah tempatan berskala nasional dengan sasaran membawa seramai 5,000 jemaah menjelang awal 2026, khususnya dalam kalangan golongan B40 dan M40.
Pengarah Urusan Mubasyyir Travel & Tours, Datin Seri Hajah Intan Abdul Hamid berkata, langkah berkenaan mencerminkan komitmen syarikat untuk membantu lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci secara selamat, teratur dan berintegriti, sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap pengendali umrah tempatan yang sah dan berlesen.
Menurut beliau, Mubasyyir ditubuhkan pada tahun 2023 sebagai syarikat bumiputera seratus peratus dan memiliki lesen penuh di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Dalam tempoh singkat, syarikat itu berkembang secara konsisten hasil kepercayaan orang ramai terhadap disiplin operasi dan pematuhan peraturan yang diamalkan.
Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengurus Besar Mubasyyir Travel & Tours, Ustaz Haji Muhammad Salleh. Beliau memaklumkan bahawa setakat ini syarikat mengendalikan sehingga 28 penerbangan dalam satu musim, bersamaan purata tiga penerbangan sebulan, sekali gus meletakkan Mubasyyir antara pengendali umrah tempatan yang mencatat pertumbuhan pesat dalam tempoh singkat.
Menurutnya, pengukuhan operasi yang dilaksanakan ketika ini turut menjadi asas kepada perancangan jangka panjang syarikat untuk terlibat secara rasmi dalam pengurusan ibadah haji bersama Lembaga Tabung Haji menjelang tahun 2027.
“Kami melihat penglibatan dalam pengurusan haji sebagai kesinambungan tanggungjawab dalam industri ibadah. Justeru, penekanan diberikan kepada pengukuhan tadbir urus, pematuhan peraturan serta kestabilan operasi,” katanya.
Dalam masa terdekat, beliau berkata kira kira 30 jemaah dijadualkan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah Syawal sebagai sebahagian daripada jadual penerbangan berkala syarikat.
Mengulas situasi semasa industri, Datin Seri Hajah Intan berkata sektor umrah kini berdepan beberapa cabaran utama termasuk kewujudan ejen tidak berlesen, perubahan dasar visa Arab Saudi, persaingan harga tidak sihat serta peningkatan kos operasi yang berpotensi menjejaskan kepentingan jemaah sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Menurut beliau, isu penipuan pakej umrah semakin membimbangkan dan memberi kesan besar kepada imej industri secara keseluruhan kerana bukan sahaja merugikan jemaah, malah mencemarkan reputasi pengendali yang sah dan berlesen.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sebelum membuat sebarang tempahan umrah dengan memastikan agensi memiliki lesen MOTAC yang sah, tidak terpengaruh dengan pakej berharga terlalu murah, menyemak rekod penerbangan yang jelas serta mengelakkan bayaran dibuat ke akaun peribadi.
Beliau turut menegaskan bahawa pemilihan pengendali yang mengamalkan ketepatan jadual penerbangan dan pengurusan yang telus amat penting bagi menjamin kelancaran ibadah jemaah.
Maklumat lanjut mengenai Mubasyyir Travel & Tours boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi http://www.mubasyyirtravel.com.my
