SANDAKAN: Seorang penagih dadah tegar yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah kedai dobi di Sandakan, ditahan polis di kawasan Bandar Leila pada jam 1 pagi tadi.
Dalam operasi itu, polis merampas dadah jenis syabu, senjata tajam, wang tunai serta pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah.
Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek yang berusia 31 tahun itu juga didapati positif Dadah jenis methamphetamine.
Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B.
Abd Rakman menegaskan, operasi ini selaras dengan tekad pihak polis untuk membanteras jenayah harta benda dan dadah di daerah Sandakan, bagi memastikan keselamatan masyarakat.
